Saturday, 16 December 2017

Terima Kasih

Ucapan terima kasih khas untuk orang-orang yang aku sayangi dan sanjungi.

Kejutan terakhir untuk Lecturer yang paling kami sayangi, yang paling banyak
meluangkan masa melayan kerenah sorang-sorang pelajarnya, 
yang tahu perangai pelajarnya setiap sorang,
yang selalu cakap 'kita jumpe semester depan' kat studentnya,
supaya student lagi semangat buat kerja, hingga satu masa tu 
tak aku berani nak ambil subjek Illustration sebab rasa tak mampu nak galas tanggungjawab
buat task yang aku rasa susah gile, yang tak pernah jemu 
memberi idea dan inspirasi kepada pelajar-pelajarnya.

Terima Kasih dari
 Kelas Design Layout And Basic Perspective, Figure Design, Illustration, Portfolio hingga FYP !

Moga terus berada dalam rahmatNya.

Betul kata Mr M , kami semua pasti akan rindukan beliau.

Merupakan supervisor yang utama dan penggerak kepada FYP aku.
Terlalu banyak idea dan komentar yang dilemparkan
setiap kali berjumpa dengan madam.
Boleh dikatakan, kejayaan FYP ini adalah sebahagian
daripada semangat beliau. Walaupun sangat buzy
dengan PHD, namun tetap ada cuba meluangkan
masa memberikan jawapan kepada masalah
yang aku hadapi sepanjang proses FYP.

Sayang Madam Yoi 💚, and terima kasih. Moga berada dalam kasih dan rahmatNya sentiasa.
Classmate merangkap housemate. Kalau nak cerita pasal dia,
satu juta page tak abes nak coretkan.
Orang yang selalu ada disaat aku jauh dari keluarga, yang selalu beri
kekuatan dan semangat disaat aku rasa,
aku dah tak mampu carry FYP, yang sentiasa percaya aku mampu lakukan
walaupun tanpa bantuan dari orang lain,
yang selalu temankan aku makan, partner wayang terbaik,
teman aku buat kerja lewat malam sampai pagi,
dan yang selalu mengingatkan aku tentang akhirat.

Terima kasih untuk 2 tahun yang terakhir, semoga ukhuwah yang kita bina ini mampu
mambawa ke syurga tertinggi. Mohon ingatkan aku disaat aku lupa kau dan aku pernah sama-sama susah di sini.
Saeng sejak dari hari pertama di UniKL hingga saat ini
and aku berharap kita tetap sekepala hingga syurga. 
Terima kasih, orang yang tak pernah jemu spam
whatsapp tanya aku dah bangun belom, esok nak g kelas tak?,
assignment tu dah siap?, assignment neh dah siap?,
bila nak makan sini?, yang selalu cuba membantu aku bila aku kesusahan,
yang suka bluetick aku and buat aku geram nak maki, hahaha, 
yang aku rasa nak hempuk kepala dia bila dia 
bajet-bajet bagi nasihat, kalau tengok sesuatu yang menjengkelkan kami tak perlu 
berbicara melalui kata-kata hanya jelingan mata yang memainkan peranan. 
Sejenis gelak tak ingt dunia, lepas tu nanges berjemaah.

Thanks untuk 3 tahun setengah, banyak lagi moments yang tak mampu nak coretkan.
Moga kita kekal sekepala walaupun lepas neh masing-masing dah bawak haluan sendiri.
Nanti awak kahwin saya tetap jd bridesmaid kat dapur umah awak. HAHAHAHA!

Terima Kasih Alang mok, senior animation paling baik walaupun kadang-kadang agak mencelarukan 💛. HAHAHA!
Terima kasih ore Pasir Mas. Malas nak taip panjang-panjang dah. HAHAA!
Thanks especially untuk semester ke belakang, banyak membantu dari segi drawing.
Moga impian Azmir yang satu tuuuuuuu tercapai. Allah ada, berdoa padaNya. Stay young bruh!
Thanks my sisters merangkap supported kewangan aku. HAHAHA!
And yang tolong editing svene hujung-hujung fyp aku. Gigih nau kau yea track satu-satu.

Thanks my unbiological twins. My photographer!
Terima kasih BCA Family untuk 3 tahun ini.
Moga semua berjaya dan sentiasa berada dibawah lindungan Allah 💓.
BCA Family. 👫👫👫👫
Be careful who you make memories with. Those things can last a lifetime. -Ugo Eze  
My Favorite People


Friday, 15 December 2017

Thesis

Thesis adalah yang paling menyenakkan kepala aku. Aku paling alah dengan report, to be honest aku lagi enjoys buat animation. HAHAHA. Tapi, Alhamdulillah akhirnya settle juga part yang paling aku takuti. Tak mau dah berjumpe buat kali seterusnya. 

Tak sangka.

Paling tak sangka.

Sunday, 10 December 2017

Family BCA jalan-jalan di Perak

Lepas kenduri Abang Anuar, kita ambik kesempatan bak kata orang menyelam sambil minum air. Maka, berjalanlah kami dibumi Perak. Seronok tak payah ceritalah. Tapi, tak banyak tempat pun dapat jejak maklumlah masa tak mengizinkan tambah pula kesuntukan masa kejar tarikh hantar thesis. Jadi, berjalanlah kami melata di Tanah Bumi Perak yang panas tuu MasyaAllah. HAHAHHAHA.

Tak banyak pun nak kongsi dengan korang, tapi ini antara moment terindah sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Maklum sajalah intern nanti masing-masing punya tempat sendiri, pilihan dan kehendak semua adalah berbeza.

Ada yang minatnya lebih menjurus kepada penulisan, melukis, mewarna, photographer, video editor, video camera, artis after effect, 2D animator, 3D animator dan designer. Tapi, banyak lagi sebenarnya haluan dan cabang yang boleh dipilih. Bergantung kepada minat dan keupayaan masing-masing. Aku doakan korang semua berjaya. Yang pasti, aku akan rinndu semua ini.

Korang cuci mata jelah dengan gambar neh kat bawah enh. Aku dah malas nak letak caption. HAHAHHA! Thank you guys, mewarnai hidup aku sepanjang 3 tahun setengah.















Saturday, 9 December 2017

Kenduri Anuar

Abang sulung family BCA dah selamat jadi suami orang. Tahniah. Didoakan semoga rumah tangga kekal bahagia dan hingga syurga.

“Ya Allah, satukanlah hati …………
Seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah. Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman keyakinan dan tawakal kepadaMu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Murahkan rezeki mereka dan kurniakan kepada mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawwadah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat.” –Amin Ya Rabbal Alamin-


“Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami memohon doa restumu….
Berkatilah majlis perkahwinan ini, Berjalan dengan sempurna seperti mana yang Engkau kehendaki, Dan semoga jodoh perkahwinan ini akan berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat. Amin, Ya Rabbal Alamin…”


“Ya Allah Ya Tuhan Kami, satukanlah hati kedua pasangan mempelai ini dengan iman, keyakinan dan tawakal kepadaMu, panjangkanlah umur mereka, lapangkanlah rezeki mereka, dekatkanlah mereka menuju kebaikan, jauhkanlah mereka dari keburukan, kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat, berkatilah perkahwinan mereka serta berkekalan sehingga akhir hayat.”


Bismillahirrahmanirrahim…. Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
“Kami memohon hidayah dan restu dari Mu. Berkatilah majlis ini, limpahkanlah rahmat ke atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumahtangga mereka aman bahagia dalam ketaatan kepada Mu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini. Semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat.”


Ya Allah Ya Tuhan Kami,
“Andainya Kau telah takdirkan jodohnya berilah mereka berdua kebahagiaan buat selamanya. Tempatkan mereka di antara orang-orang yang paling Kau sayang dan kekalkan jodoh mereka hingga ke akhir hayat.”

BarakahAllah.


Team Penjenayah C.O.M.E.L




Thursday, 7 December 2017

The Day of Animation Exhibition 2017

Hi guys, akhirnya selama 2 hari yang penuh kegembiraan, kejutan dan kepenatan akhirnya berlalu. Alhamdulillah selesai juga perjalanan menuju ke destinas ini walaupun masih belum tiba dipenghujung Bachelor Degree Multimedia in Computer Animation.

Persiapan selama berbulan-bulan akhirnya membuahkan hasil apabila lecturer kami, MR M menyatakan batch kami adalah yang PALING SPORTING. Tahniah untuk semua. Kita menang yoow! Dan untuk makluman semua ini adalah batch yang pertama yang membuat exhibtion diluar kampus UNIKL MIIT. Terima kepada pihak Quill City Mall kerana memberi peluang kepada kami untuk membuat exhibition di tempat tuan.

Aku and the geng mempunyai peranan dan tugasan masing masing dalam menjayakan exhibition ini. Aku memegang tanggungjawab sebagai AJK MAKANAN bersama dengan empat orang lagi classmate iaitu, Norizati, Aishah, Puteri dan juga Aten. Syukur sangat sebab kami ras, kami sempurnakan tugasan ini dengan jayanya walaupun ada saja yang mengomel tidak puas hati dengan cara kami handle. Tapi, tak apa lah jadikan itu sebagai pengajaran dan pengalaman dalam hidup kami yang bahawasanya kami tidak mampu memuaskan hati semua orang.

Kat bawah aku kongsikan dengan korang aktiviti yang berlaku sepanjang tempoh dua hari exhibition itu.


Banner for exhibiton, tapi sayangnya tak boleh pasang. Huhuu

Masing-masing acah acah kalut buat persiapan untuk hari esoknya.

Gigih ye korang.


Sembang mambang.

Props for exhibition.


Gigihnya team props!

sesi potong memotong.

Tolak jangan tak tolak.

Awal-awal lagi dah cop tempat. HAHHAA.

Abam Syakir

Kakak Popo.


Everyone were excited for tommorow.



Majlis Perasmian  Animation Exhibition

Peace yoww~

Sembang apa tu ?

Bodek Mr M ke tu Afiq ?

Beberapa hari sebelum bergelar suami orang. Kat belakang tu, 4 tahun lagi katanya. Hmmm.

Moga ke Jannah semuanya.

Le Girls. Saranghyeo.

BCA Family.

Men of the Year.

My booth.

Tumpang bergambar dengan Azmir.

Tengah buat drama ke tuu?

Please don't cry.
Everyone sayang AZMIR. Common Azmir.

The Journey

Terima Kasih

Ucapan terima kasih khas untuk orang-orang yang aku sayangi dan sanjungi. Kejutan terakhir untuk Lecturer yang paling kami ...