Saturday, 30 September 2017

Short Escape FourPeople - Cameron Highland

Kekononnya laa, percutian untuk empat orang. Sorang minah tuu tak dapat ikut disebabkan masalah peribadi yang tak dapat dielakkan. Bende dah planning lama dah wei, rasanya sebulan dua sebelum tarikh tu.

Tapi tulaa, kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik baik perancang adalah Allah Tuhan kita. Tak boleh nak salahkan minah tuu, adalah tu sebab dan mengapa Allah tidak izinkan dia menjejakkan kaki bersama di Tanah Tinggi Cameron Highland. Gitttew.

So, bergeraklah kami tiga gegadis menuju ke destinasi pada jam lebih kurang 7.30 pagi. Sebelum bertolak, sempat lagi kami mengalas perut di Warung Pak Hassan. Awal perjalanan lagi Pilot kami dah pesan, jangan tido, sebab utama tak nak drive keseorangan, nanti mengantuk. Hahahha!

So, sepanjang perjalanan tu abes la story mory kami throwback, di susuli dengan karok lirik ke laut. Hahaahaaa.

Masuk je tol Tapah , aku dah mula mengantuk, pasal semalam aku tidur lewat. *sebenarnya , memang kaki tido sebelah pagi. Kahhkahhh!! Aku tahan laa ngantuk tuu sebab dah janji kan dengan Ain nak teman dia drive. Tapi, ketahanan tu tak lama, akhirnya aku kecundang jua😂😂.

Tersengguk- sengguk wei tahan mengantuk punya pasal. Syuq dengan Ain suruh je lena, kesian tengok aku tersengguk-sengguk. Dahla aku jadi co-pilot Ain.

Kat bawah aku share destinasi kami sepanjang di Cameron Highlands.

Tujuan utama ke Cameron Higlands

Kat Big Farm Strawbery

Sedapnyaa. Allahu

Syuq belanja.

Moga baik-baik saja.

Pasar Malam di tengah hujan. HAHAHA!

Lupa pulak namanya apaa. Tapi tempat neh bertemakan Smurfs.

Manisnyaa. Aumm

Breakfast yang heaven giler.

Dinner, steamboat buffet.

Kesayangan


Ladang Teh Boh. Menyesal tak bawak DSLR.

Last treat before back to Kuala Lumpur!

Gonna miss all of this. To be truth, love all of you.

Sunday, 24 September 2017

Lempeng

Lapar dan malas masak?
Ada resipi yang paling mudah.
Make sure you ade gandum, garam, gula, air, minyak, jeluk dan kuali senduk.

Caranya-
Masukan gandum sebanyak mana kamu nak ke dalam jeluk. Then, tambah air ke dalam gandum. Kacau sehingga sebati dan acuan hendaklah tidak pekat dan terlalu cair agar lempeng yg terhasil lembut dan sedap.

Masukkan sedikit garam dan gulaa.

Then panaskan kuali, letak sedikit minyak, tggu sehingga minyak panas, and then masukkan laa acuan tuu. Goreng hingga masak dan kelihatan garing.

Friday, 22 September 2017

Tahun Baru Islam - Awal Muharram.


Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kedua ibu bapa kita, adik-beradik kita, atuk nenek moyang kita, kaum keluarga kita, guru-guru kita, para sahabat kita dan seluruh ummat Islam samada yang masih hidup ataupun yang telah pergi meninggalkan kita.

Moga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada mereka semua, diberikan kekayaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat, rezeki yang halal dan melimpah ruah. 

Moga Allah mengurniakan peluang kepada kita semua menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah. YaAllah kami tahu, kami tidak layak ke syurgamu, namun kami tidak sanggup menghadapi pedih api azab api nerakamu, maka berikanlah rahmatmu agar kami menjadi penghuni syurgaMu.

Mohon pada Allah agar dikurniakan sahabat yang baik, jodoh yang baik yang mampu membawa ke syurga, anak yang soleh solehah agar menjadi saham diakhirat dan juga diberikan keluarga yang sakinah dan mawardah.

Semoga fyp kita semua lulus dengan cemerlang!

Allahuma Amin.


Setting Ratio Nikon D5000



Nikon D5000
Alahai, aku tengah buntu neh, macam mana aku nak dapat ratio 16:9 widescreen pc? Memandangkan aku hanya memiliki camera Nikon je. 

Aku dah buat research kat internet mcm mana nak tukar ratio tu, tapi masih tak dapat jawapan. Allahu, dugaan di Tahun Baru Islam. Dengan member-member pun aku ada mesej tanya. Setakat neh masih lagi tidak punyai jawapan.

Tengok, susah sebenarnya stop motion neh. Aku geram sebenarnya bila ada orang bagitau, buat stop motion neh senang sangat . Hakikatnya tidak sesekali. Setiap jalan yang kita pilih tu ade kesukarannya, ada ujiannya.

Aku doakan semua yang sedang menuntut ilmu sabar dan berjaya melalui dugaan, ujian dan cabaran yang tidak diduga. Yang penting doa. Doa adalah senjata para mukmin!

Aku harap, aku akan jumpa jalan penyelesaian untuk masalah aku ini. Aku tahu Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan aku dan juga kamu semua.

Moga sentiasa berada dalam rahmatNya~

Thursday, 21 September 2017

Poster Research Methodology

Semester lepas aku  ada ambik subjek Research Methodolgy dengan Sir Dahlan. Tajuk yang aku pilih ialah "The Studies of Background Color in 2D Animation Short Film of Michael Dudok de Wit".

Aku suka sangat dengan tokoh Micheal Dudok de Wit. Walaupun karya beliau dalam bentuk silent, namun mampu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Paling utama yang membuat aku jatuh cinta dengan karya beliau ialah dari segi warna. Warna yang digunakan beliau mampu menyentuh emosi.

Berikut ialah hasil kajian aku untuk semester lepas.

Ini adalah hasil rumusan dari kajian yang telah aku lakukan.

Wednesday, 20 September 2017

Progress Bilik Brian

Hampir seminggu dah aku dok terperap dalam studio kat level 11 semata-mata nak siapkan props untuk bilik Brian. Sepatutnya minggu neh aku ada kat kampung sebab sekarang tengah cuti midsem. Aku gagahkan diri juga untuk tidak pulang. Rindu wei. Sape je tak rindu kampung halaman? Dahla mak sdara aku baru je beranak minggu lepas, lagi laa menggelupur aku nak balik. 😞 Haihhhhh.

Jadi, sepanjang hampir seminggu aku stay kat KL neh, bende-bende kat bawah neh laa aku hadap tiap tiap hari. Kluar rumah matahari dah terpacak atas kepala, balik bila matahari dah tenggelam di ufuk sana.

Aku gunakan papan plywood untuk perabut dalam bilik Brian.

Plywood yang aku pakai jenis yang nipis. Jadi senang nak potong. Sebenarnya kan, yang tang potong memotog papan tu,
adik aku yang tolong buatkan. Kebetulan Raya Haji hari tuu, aku balik kampung. Dia yang volunteer nak tolog potongkan. Hahahhaa.

Yang neh almari, masih lagi dalam proses nak siapkan. Pintu almari tu, dah siap letak engsel.
Alhamdulillah berjaya jaidkan sebuah almari walaupun tak sempurna.

Proses memotong papan yang masih belum cukup.


Then, dah siap semua perabot tu, proses mewarna. guna spray paint je untuk jimatkan masa dan juga duit. Hehehe.


Yang neh testing nak setup bilik Brian.



Meja study Brian.




Aku harap sangat lulus fyp2 neh :( . Doakan aku.

Tuesday, 19 September 2017

Puding Jagung Kastard

Sebenarnyakan, lama sangat dah aku mengidam nak makan kuih neh. Jadi, hari neh aku laksanakan keinginan tu.

Caranya mudah sangat.

Jom follow step kat bawah :


Tepung Kastard - Satu Gelas
Jagung Manis Tin - Satu Gelas
Susu Cair - Satu Gelas
Gula - 1/2 Gelas
Air - 2 Gelas
Garam - Secubit jee

Campur semua bahan di atas dalam satu periuk.

Lepas tu, kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian letak atas dapur gas, buka api perlahan.
Kacau sehingga likat. (Jangan berhenti kacau - untuk elakkan hasilnya jadi berketul) 

Haa, macam neh laa bila kuih tu dah jadi pekat dan likat.

Boleh masukkan dalam bekas dan simpan la dalam peti ais untuk rasa yang lebih menakjubkan!


Selamat mencuba. Tak sabar nak makan esok pagi. Muahhahaha!

Sunday, 17 September 2017

The Artworks

Aku saja je nak kongsi dengan korang hasil lukisan aku semester-semester lepas. Ada yang aku buat masa class Figure Design dan yang paling banyak dalam class Illustration.



Title : She's Hulk | Materials : Kanvas | Saiz : A2 | Colour : 100% Acrylic


Art Nouveau | Watercolour | A1


Inking | Indian Ink | Technical Pen | A2



Title : The Bird. | Lukisan neh bersaiz A4 | 100% watercolour.

Title : Choose to be Happy | Watercolour 


Title : Half | Watercolour


Title : Us | Watercolour

Title : Away | Watercolour

Title : Last Breathe | Watercolour

Title : Yours | Watercolour

Title : Inside | Watercolour

Title : Mix | Dodlee | Watercolour

Title : Shape | Watercolour

Title : Nature | Watercolour


Title : Sink | Acrylic

Title : Kwang Soo | Watercolour

Title : Alone  | Watercolour

Title : The Shade | Watercolour

Title : End | Watercolour

Title : The Flowers | Watercolour


Title : Stay | Acrylic


Title : Larva | Clay

The Journey

Terima Kasih

Ucapan terima kasih khas untuk orang-orang yang aku sayangi dan sanjungi. Kejutan terakhir untuk Lecturer yang paling kami ...