Tuesday, 22 September 2015

Prop Class September 2015



Today, pepagi lagi melangkah ke kampus kota. Pukul 7 dah terpacak kat depan kampus. Awalnya~ Sebelum masuk ke kelas Storyboard, sempat lagi aku merayap kat kelas members. HAHA! Best kot kelas members aku neh. Prop Making! Tugasan berkumpulan, dorang kena buat karakter yang seram. Wuuuuuuu! See the results. Bangga dengan members sebab dapat melakukan tugasan itu dengan baik! Gambar bawah tue antara karakter yang sempat aku rakam sebelum aku kelam kabut menuju ke kelas sebab x perasan jam menunjukkan pkul 9.30 pgi! HAHA. Lets enjoys the  moment :)




Gedik kan? Macam tak ade kerja lain dah. HAHA. 

"Pocong"

"Penunggu Hutan Belantara"

Poyo je penunggu nehh. HAHA!

The Zombie of  Unikl MIIT




Monday, 21 September 2015

GALERI PETRONAS - @KLCC




On Saturday 19th September 2015 my classmates ; Figure Design Class and I went to Galeri Petronas for a short visit. On that day, we were lucky because berpeluang untuk menatap art collection Oliviero Rainaldi.

Intro Twins Exhibition: Works by Oliviero Rainaldi

Oliviero Rainaldi

Curator : Badrolhisham M Tahir
Duration : 17 August 2015 - 04 October 2015
Admission : Free
Time : 10.00 AM - 8.00 PM

Description :
Italy's pioneering and innovative artistic spirit is set to infect Malaysian contemporary art scene with the unveiling of TWINS: Works by Oliviero Rainaldi exhibition at Galeri PETRONAS showcasing world class art and sculptures. It features over 30 pieces of extraordinary artworks comprising drawings, paintings and sculptures by internationally acknowledged contemporary artist and sculptor, Oliviero Rainaldi. The TWINS provides an overview of Rainaldi’s works over the last decade, including his latest commissioned artwork entitled Neptune in the Wind.
The exhibition also features a pair of sculptures titled TWINS, a special dedication to this exhibition located at the PETRONAS Twin Towers, showing two life-size sculptures mirroring each other with heads facing opposite directions. It indicates the subtle differences between twins beyond their physical likeness. A critically acclaimed and polyvalent artist, Rainaldi uses different techniques and materials and has held acclaim with his successful exhibitions across the world. His artworks, including the works on display in the TWINS collection have been well-received by art aficionados comprising affluent collectors and investors from across the world.
TWINS is open for public viewing from August 18 through October 4, 2015.

Official partners include Maserati, Naza Italia, Marini’s on 57, the Malaysian Tatler, Shangri-La Hotel Kuala Lumpur and DNA Comm.

Sedikit penerangan daripada beliau sebelum kami semua melangkah ke dalam galeri.
"Neptune in the Wind"

As Mr. M ordered, he asked us to draw the sculpture at least two sketches. So, the two picture above were my choice. I draw the sketches as i can. 

Friend is everywhere. Meet my friend, Azmir from Terengganu.
A few of my classmates, from left ; Lie (sweet and cute little sister) , I am (Faten), Aslah (call him budak biru as he called me Along hijau) , & Afiq (little brother but more suitable to call big brother).

Friday, 18 September 2015

Mr. M ~




This is one of my lecturer kat Unikl MIIT. Untuk specific lagi lecturer untuk Student Animation and he is the sempoi one lecturer. Majoriti lecturer animation neh bersifat mesra student. Itu harus aku akui. Sifat-sifat mesra pelajar neh harus dititik beratkan lagi dalam diri lecturer agar student lebih berminat untuk menuntut ilmu. Hahaha. What am I trying to tell you all is, Mr. M  is a good lecturer, kind hearted and sometimes can be 'cruel' if we as a studet cannot follow his order. But for me ketegasan terhadap pelajar perlu agar pelajar itu sendiri tidak lalai dan tidak memanjakan diri dalam menuntut ilmu. :)

Thursday, 17 September 2015

Aku budak UNIKL ~


Just nak bagi tahu aku budak Degree Computer Animation kat Unikl MIIT . Kbye ~


Michael Dudok de Wit





‘A Beautiful Language’
(1978 untill now)


Michael Dudok de Wit

Merupakan seorang juruanimasi , pengarah dan  illustrator Belanda-British. Beliau dilahirkan pada 1953 di Abcoude. Pada tahun 1978, beliau lulus pengajian dari West Surrey Collage of Art, sekarang dikenali sebagai University for the Creative Arts dengan filem pertama beliau iaitu The Interview. Selepas setahun bekerja di Barcelona, beliau menetap di London di mana beliau telah mengarahkan dan menghidupkan iklan yang berjaya memenangi anugerah untuk televisyen dan pawagam. Sekitar tahun 1992 , Michael Dudok telah mencipta filem pendek iaitu Tom the Sweep, diikuti oleh The Monk and the Fish (1994) telah  dibuat di Perancis dengan studio Folimage. Filem ini telah dicalonkan untuk Oscar dan telah memenangi pelbagai hadiah termasuk César Award for Best Short Film and the Cartoon d'or. Michael juga menulis dan meng’illustrate’kan buku bergambar kanak-kanak selain mengajar animasi di kolej seni di England dan juga di luar negara.

Filem beliau yang paling dikenali iaitu Father and Daughther(2000) banyak mendapat anugerah antaranya Academy Award, BAFTA Award, Grand Prix at Annecy dan berpuluh-puluh anugerah utama yang lain. Manakala filem pendek beliau yang terbaru The Aroma of Tea(2006) telah dilukis sepenuhnya menggunakan teh. Sejak dari filem Tom Sweep lagi Michael dikenali dengan identity tersendiri  iaitu menggunakan brush stroke drawing, dakwat dan cat air . Identiti ini sebenarnya diilhamkan dari seni China dan Jepun. Selain itu beliau juga dikesan sebagai seorang juruanimasi yang mampu membawa pelbagai jenis emosi dengan kadar yang banyak, makna dan humor dengan hanya menggunakan brush stroke drawing. Paling menarik, filem beliau The Monk and The Fish dan Father and Daugther telah dimasukkan ke dalam Animation Show of Show.

Karya-karya Michael Dudok\

Berikut merupkan karya filem pendek  yang dihasilkan oleh Michael Dudok yang telah menaikkan namanya diantara juruanimasi yang terbaik didunia :
o   "The Interview" (1978)
o   "Tom Sweep" (1992), 3 minit
o   "The Monk and the Fish" (1994), 6 minit
o   "Father and Daughter" (2000), 8:30 minit
o   "The Aroma of Tea" (2006), 3:20 minit
o   "The Red Turtle" (akan datang)
Selain bergiat aktif dalam menghasilkan filem animasi pendek, Michael Dudok juga turut bergiat dalam bidang pengiklanan dari tahun 1982 – 2002. Berikut merupakan  karya pengiklanan beliau iaitu :
o   "Actifed Germ" The Welcome Foundation, Cough Medicine
o   "Heinz Egg" Heinz Salad Cream
o   "The Long Sleep" Mcallan Malt Whiskey
o   "VW Sunrise" Volkswagen
o   "Pink Foot" Owen's Corning Roof Insulation
o   "Smart Illusions" Nestlé Smarties
o   "Noah" The Irish Lottery"
o   "AT&T" five TV commercials
o   "A Life" United Airlines
o   dan banyak lagi


Michael Dudok juga baanyak menghasilkan ‘Film and Television Specials Animation Contributions’ sekitar tahun 1980 hingga 2003. Berikut merupakan karya beliau :
o   The Canterbury Tales/The Knight's Tale (Siri Televisyen, Pizazz/S4C, UK)
o   The Lion, the Watch and The Wardrobe (TV Feature, US, UK and Spain) 1980
o   Heavy Metal (Film featuring the animation of Gerald Potterton, Canada, US & UK) 1980
o   Mickey's Audition (Mickey Mouse Special, Disney, US) 1989
o   Prince Cinders (Television special, UK) 1991
o   Beauty and the Beast (Storyboarding, Disney Feature, US) 1992
o   T.R.A.N.S.I.T. (Short film directed by Piet Kroon, UK and NL) 1997
o   Charlie's Christmas (Television Special, Folimage, France) 1998
o   Fantasia Continued (Disney Feature) 2000
o   Raining Cats and Frogs (Folimage) 2003

Michael Dudok juga banyak menghasilkan ‘Illustration in Books’ sekitar tahun 1981 hingga 2007. Berikut merupakan karya beliau :
o   "Snakes and Ladders" (Kad Permainan, 1991)
o   "The History of Geneva" (Edisi Chenoises, Geneva 1991)
o   "Oscar & Hoo" (Harper Collins 2001) (Diterjemahkan dalam pelbagai bahasa)
o   "Oscar and Hoo Forever" (Harper Collins 2003) (Diterjemahkan dalam pelbagai bahasa)
o   "Vader en dochter" (Leopold, NL, 2001) (Diterjemahkan dalam pelbagai bahasa)
o   "Vier bevertjes in de nacht" (Leopold, NL, 2004) (Diterjemahkan dalam pelbagai bahasa)
o   "Vier bevertjes en een kastanje" (Leopold, NL, 2007) (Diterjemahkan dalam pelbagai bahasa)



Ulasan Karya Filem Pendek Michael Dudok


                                                                                      
"Tom Sweep"

Karya ini mengisahkan Tom yang bersifat pembersih. Walaupun berulang kali melakukan perkara yang sama, tapi, Tom tetap tabah melakukan. Tom yang kecil ingin melakukan perkara yang betul dan cuba membersihkan kawasan kejiranan, namun setiap kali dia menghampiri tong sampah dan ingin membersihkannya, orang yang tidak berhati perut satu persatu datang dan menyelerakkan lagi sampah itu. Sebenarnya cerita ini memberitahu dan mengingatkan penonton terhadap sikap manusia yang ‘bodoh’ dan angkuh. Sikap manusia yang tidak tahu menjaga alam sekitar, yang suka mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang penduduk bumi. Oleh itu, penceritaan melalui karya ini sememangnya harus diambil ikhtibar  walaupun ia sekadar animasi yang dicipta semata-mta namun hakikatnya rekaaan ini adalah lumrah dalam kehidupan manusia. Dalam kita berhibur dengan hasil karya ini, wajarlah kita menyelami apa yang sebenarnya ingin disampaikan.
                                          


                                      


"The Monk and the Fish"


Berdasarkan kajian yang dibuat, cerita ini mengisarkan tentang seorang sami dan seekor ikan. Kisah ini menunjukan sami tersebut begitu obses untuk menangkap ikan tersebut. Pengakhiranya sami itu tidak menangkap ikan tersebut sebaliknya sami dan ikan bersatu. Menurut satu temuramah yang dijalankan pada 2009 untuk Review Oxion, Michael Dudok mengatakan bahawa karya yang di cipta ini bukanlah satu jalan penyelesaian bagi sesuatu konflik sebaliknya ia lebih kepada cara mengatasi konflik. Beliau menjadikan Ten Ox Herding Pictures, yang merupakan satu siri sajak-sajak Zen dan imej dari Abad ke-12 China, dimana ia menggambarkan satu perjalanan terhadap sebuah kesedaran melalui cerita perjuangan oxherd dengan seekor lembu jantan degil. Katanya lagi, asal filem ini adalah pengakhiran dimana ia merupakan satu jujukan yang ingin diciptakan, di mana terdapat sebuah kesatuan yang tenang diantara rahib dan ikan yang akhirnya dengan sendiri kisah cerita ini akan menjadi ‘rata’, terlalu abstrak, dan akan merentap penonton. Dari segi pemilihan muzik , beliau memilih muzik klasik dari Western canon, La Folia. Beliau meminta penggubal muzik iaitu Serge Besset  bagi mewujudkan satu muzik yang baru untuk  disesuaikan dengan  cerita ini.




                                          


"Father and Daughter"


Karya yang telah mengangkat Micheal Dudok ke tempat antara yang teratas dalam bidang juruanimasi bermula dengan seorang anak perempuan dan ayah yang berbasikal seorang satu menuju ke satu tempat, tebing di persisiran pantai. Si ayah mula menaiki sampan yang kosong dan mendayung sampan meninggalkan anaknya itu. Kemudian si anak berulang kali pergi dan kembali ke tebing itu semata-mata untuk meninjau kepulangan ayahnya sehinggalah si anak meningkat usia dari seorang gadis yang kecil, gadis sunti, wanita muda sehinggalah ke usia tua. Cerita sampai ke puncaknya apabila diusia tua si anak  datang lagi ke hujung tebing dengan mengayuh basikal tuanya kemudian menongkah basikal di atas tebing. Si anak menyusur turun ke bawah yang dahulunya dipenuhi air kini dipenuhi lalang. Perlahan-lahan si anak berjalan dicelah-celah lalang dan terhenti apabila terlihat sebuah sampan yang telah karam dan dipenuhi dengan pasir. Seolah-olah tahu bahawasanya sampan itu miliknya ayahnya yang telah bertahun dinantikannya. Pengakhirannya, si anak merebahkan badan di atas sampan itu lalu perlahan-lahan dia berukar menjadi seorang muda remaja dan berlari terus mendapatkan ayahnya yang sedang menunggunya dihujung.Apa yang dapat saya simpulkan disini bahawasanya setianya, kasih dan rindunya seorang anak terhadap si ayah dari kecil sehinggalah ke usia tua. Kasih yang tidak berbelah bahagi. Sangat menyentuh hati dan perasaan penonton. Sekalipun karya ini bersifat sunyi, hanya berlatar belakangkan muzik semata-mata namun pengolahannya berjaya mencapai tahap yang paling maksima dalam menyentuh hati penonton.


                                         




"The Aroma of Tea"



Hasil karya yang dicipta dengan meggunakan teh sepenuhnya sebagai warna. Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas karya ini, watak utama karya ini adalah sebuah sphera kecil yang bergerak/mengembara dengan cara  yang ditentukan dan berirama melalui land-scapes, yang akhirnya muncul dalam lingkungan cahaya putih yang lebih besar. Sphera kecil itu mengatasi pelbagai halangan sebelum sampai ke akhir perjalanan. Pada pandangan dan fahaman saya, karya ini merupakan sebuah perjalanan hidup seseorang yang melalui pelbagai rintangan sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Ini bermakna, seseorang itu menjumpai pelbagai jenis masalah termasuk pelbagai karenah manusia. Walaupun keseorangan dalam menghadapi rintangan, namun diakhirnya dia berjaya juga. Karya ini sebenarnya boleh dijadikan sebagai satu inpirasi, atau penguat semangat dalam hidup ini dalam menempuh kehidupan biarpun keseorangan.






Kesimpulan tentang Karya Filem Pendek Michael Dudok

 •WARNA - Dari segi penggunaan warna, kebanyakkan karya beliau menggunakan warna yang kelihatan klasik, warna-warna pastel, warna-warna yang suram. Pengaruh warna ini mungkin juga disebabkan oleh gaya beliau dalam menghasilkan karya.


 •'PANTULAN' - Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, karya-karya yang dicipta oleh Micheal Dudok banyak menggunakan 'tenik pantulan' sebagai contoh rujuk gambar rajah yang disediakan. Pantulan yang dapat dikesan dengan kerap adalah dalam karya The Monk and the Fish dan Father and Daughter.


 •KUALITI - Kualiti animasi yang dihasilkan oleh Michael Dudok sememangnya tidak boleh dipandang sebelah mata. Penyampaiannya memberikan maknanya yang tersendiri. Menjadikan manusia yang menonton akan berfikir apa sebenarnya yang ingin disampaikan.



•MUZIK - Karya yang dihasilkan oleh Michael Dudok kebanyakkannya sebenarnya hanya meggunakan muzik sebagai bahasa komunikasi dengan penonton. Tidak terdapat sebarang dialog yang membantu penonton untuk memahami karya tersebut. Walaubagaimanapun, penonton tetap memahami apa yang ingin disampaikan oleh beliau.  



Sumber Rujukan

                                i.            http://en.wikipedia.org
                              ii.            http://www.oxonianreview.org
                            iii.            http://www.openculture.com
                            iv.            https://translate.google.com/
                              v.            https://mubi.com/films/tom-sweep
                            vi.            http://www.youtube.com/watch
                          vii.            http://www.acmefilmworks.com/directors/michael-dudok-de-wit/
                        viii.            http://www.awn.com/oscars01/animfather.php3
                            ix.            http://www.citcat.com/
                              x.            http://jpmm.um.edu.my/filebank/published_article


The Journey

Terima Kasih

Ucapan terima kasih khas untuk orang-orang yang aku sayangi dan sanjungi. Kejutan terakhir untuk Lecturer yang paling kami ...