‘A Beautiful Language’
(1978 untill now)
Michael Dudok de Wit
Merupakan
seorang juruanimasi , pengarah dan illustrator
Belanda-British. Beliau dilahirkan pada 1953 di Abcoude. Pada tahun 1978,
beliau lulus pengajian dari West Surrey
Collage of Art, sekarang dikenali sebagai University for the Creative Arts dengan filem pertama beliau iaitu The Interview. Selepas setahun bekerja
di Barcelona, beliau menetap di London di mana beliau telah mengarahkan dan
menghidupkan iklan yang berjaya memenangi anugerah untuk televisyen dan
pawagam. Sekitar tahun 1992 , Michael Dudok telah mencipta filem pendek iaitu Tom the Sweep, diikuti oleh The Monk and
the Fish (1994) telah dibuat di Perancis
dengan studio Folimage. Filem ini telah dicalonkan untuk Oscar dan telah
memenangi pelbagai hadiah termasuk César
Award for Best Short Film and the Cartoon d'or. Michael juga menulis dan meng’illustrate’kan
buku bergambar kanak-kanak selain mengajar animasi di kolej seni di England dan
juga di luar negara.
Filem
beliau yang paling dikenali iaitu Father
and Daughther(2000) banyak mendapat anugerah antaranya Academy Award, BAFTA Award, Grand Prix at Annecy dan berpuluh-puluh
anugerah utama yang lain. Manakala
filem pendek beliau yang terbaru The Aroma
of Tea(2006) telah dilukis sepenuhnya menggunakan teh. Sejak dari filem Tom
Sweep lagi Michael dikenali dengan identity tersendiri iaitu menggunakan brush stroke drawing, dakwat dan cat air . Identiti ini sebenarnya
diilhamkan dari seni China dan Jepun. Selain itu beliau juga dikesan sebagai
seorang juruanimasi yang mampu membawa pelbagai jenis emosi dengan kadar yang
banyak, makna dan humor dengan hanya menggunakan
brush stroke drawing. Paling menarik,
filem beliau The Monk and The Fish dan
Father and Daugther telah dimasukkan
ke dalam Animation Show of Show.
Karya-karya
Michael Dudok\
Berikut
merupkan karya filem pendek yang
dihasilkan oleh Michael Dudok yang telah menaikkan namanya diantara juruanimasi
yang terbaik didunia :
o
"The
Interview" (1978)
o
"Tom
Sweep" (1992), 3 minit
o
"The
Monk and the Fish" (1994), 6 minit
o
"Father
and Daughter" (2000), 8:30 minit
o
"The
Aroma of Tea" (2006), 3:20 minit
o
"The
Red Turtle" (akan datang)
Selain
bergiat aktif dalam menghasilkan filem animasi pendek, Michael Dudok juga turut
bergiat dalam bidang pengiklanan dari tahun 1982 – 2002. Berikut merupakan karya pengiklanan beliau iaitu :
o
"Actifed
Germ" The Welcome Foundation, Cough Medicine
o
"Heinz
Egg" Heinz Salad Cream
o
"The
Long Sleep" Mcallan Malt Whiskey
o
"VW
Sunrise" Volkswagen
o
"Pink
Foot" Owen's Corning Roof Insulation
o
"Smart
Illusions" Nestlé Smarties
o
"Noah"
The Irish Lottery"
o
"AT&T"
five TV commercials
o
"A
Life" United Airlines
o
dan banyak lagi
Michael Dudok juga baanyak menghasilkan ‘Film and Television Specials Animation
Contributions’ sekitar tahun 1980 hingga 2003. Berikut merupakan karya
beliau :
o
The
Canterbury Tales/The Knight's Tale (Siri Televisyen,
Pizazz/S4C, UK)
o
The
Lion, the Watch and The Wardrobe (TV Feature, US, UK and Spain) 1980
o
Heavy
Metal (Film featuring
the animation of Gerald Potterton, Canada, US & UK) 1980
o
Mickey's
Audition (Mickey Mouse
Special, Disney, US) 1989
o
Prince
Cinders (Television special, UK) 1991
o
Beauty
and the Beast (Storyboarding,
Disney Feature, US) 1992
o
T.R.A.N.S.I.T.
(Short film directed by Piet Kroon, UK
and NL) 1997
o
Charlie's
Christmas (Television
Special, Folimage, France) 1998
o
Fantasia
Continued (Disney
Feature) 2000
o
Raining
Cats and Frogs (Folimage)
2003
Michael Dudok juga banyak
menghasilkan ‘Illustration in Books’
sekitar tahun 1981 hingga 2007. Berikut merupakan karya beliau :
o
"Snakes
and Ladders" (Kad Permainan, 1991)
o
"The
History of Geneva" (Edisi Chenoises, Geneva 1991)
o
"Oscar
& Hoo" (Harper Collins 2001) (Diterjemahkan
dalam pelbagai bahasa)
o
"Oscar
and Hoo Forever" (Harper Collins 2003) (Diterjemahkan
dalam pelbagai bahasa)
o
"Vader
en dochter" (Leopold, NL, 2001) (Diterjemahkan
dalam pelbagai bahasa)
o
"Vier
bevertjes in de nacht" (Leopold, NL, 2004) (Diterjemahkan
dalam pelbagai bahasa)
o
"Vier
bevertjes en een kastanje" (Leopold, NL, 2007) (Diterjemahkan
dalam pelbagai bahasa)
Ulasan
Karya Filem Pendek Michael Dudok
"Tom Sweep"
Karya
ini mengisahkan Tom yang bersifat pembersih. Walaupun berulang kali melakukan
perkara yang sama, tapi, Tom tetap tabah melakukan. Tom yang kecil ingin
melakukan perkara yang betul dan cuba membersihkan kawasan kejiranan, namun
setiap kali dia menghampiri tong sampah dan ingin membersihkannya, orang yang
tidak berhati perut satu persatu datang dan menyelerakkan lagi sampah itu. Sebenarnya
cerita ini memberitahu dan mengingatkan penonton terhadap sikap manusia yang
‘bodoh’ dan angkuh. Sikap manusia yang tidak tahu menjaga alam sekitar, yang
suka mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang penduduk bumi. Oleh itu,
penceritaan melalui karya ini sememangnya harus diambil ikhtibar walaupun ia sekadar animasi yang dicipta
semata-mta namun hakikatnya rekaaan ini adalah lumrah dalam kehidupan manusia.
Dalam kita berhibur dengan hasil karya ini, wajarlah kita menyelami apa yang
sebenarnya ingin disampaikan.
"The Monk and the Fish"
Berdasarkan
kajian yang dibuat, cerita ini mengisarkan tentang seorang sami dan seekor
ikan. Kisah ini menunjukan sami tersebut begitu obses untuk menangkap ikan
tersebut. Pengakhiranya sami itu tidak menangkap ikan tersebut sebaliknya sami
dan ikan bersatu. Menurut satu temuramah yang dijalankan pada 2009 untuk Review Oxion, Michael Dudok mengatakan
bahawa karya yang di cipta ini bukanlah satu jalan penyelesaian bagi sesuatu
konflik sebaliknya ia lebih kepada cara mengatasi konflik. Beliau menjadikan Ten Ox Herding Pictures, yang merupakan
satu siri sajak-sajak Zen dan imej dari Abad ke-12 China, dimana ia
menggambarkan satu perjalanan terhadap sebuah kesedaran melalui cerita
perjuangan oxherd dengan seekor lembu jantan degil. Katanya lagi, asal filem
ini adalah pengakhiran dimana ia merupakan satu jujukan yang ingin diciptakan,
di mana terdapat sebuah kesatuan yang tenang diantara rahib dan ikan yang
akhirnya dengan sendiri kisah cerita ini akan menjadi ‘rata’, terlalu abstrak,
dan akan merentap penonton. Dari segi pemilihan muzik , beliau memilih muzik
klasik dari Western canon, La Folia.
Beliau meminta penggubal muzik iaitu Serge Besset bagi mewujudkan satu muzik yang baru
untuk disesuaikan dengan cerita ini.
"Father and Daughter"
Karya
yang telah mengangkat Micheal Dudok ke tempat antara yang teratas dalam bidang
juruanimasi bermula dengan seorang anak perempuan dan ayah yang berbasikal
seorang satu menuju ke satu tempat, tebing di persisiran pantai. Si ayah mula
menaiki sampan yang kosong dan mendayung sampan meninggalkan anaknya itu.
Kemudian si anak berulang kali pergi dan kembali ke tebing itu semata-mata
untuk meninjau kepulangan ayahnya sehinggalah si anak meningkat usia dari
seorang gadis yang kecil, gadis sunti, wanita muda sehinggalah ke usia tua.
Cerita sampai ke puncaknya apabila diusia tua si anak datang lagi ke hujung tebing dengan mengayuh
basikal tuanya kemudian menongkah basikal di atas tebing. Si anak menyusur
turun ke bawah yang dahulunya dipenuhi air kini dipenuhi lalang. Perlahan-lahan
si anak berjalan dicelah-celah lalang dan terhenti apabila terlihat sebuah
sampan yang telah karam dan dipenuhi dengan pasir. Seolah-olah tahu bahawasanya
sampan itu miliknya ayahnya yang telah bertahun dinantikannya. Pengakhirannya,
si anak merebahkan badan di atas sampan itu lalu perlahan-lahan dia berukar
menjadi seorang muda remaja dan berlari terus mendapatkan ayahnya yang sedang
menunggunya dihujung.Apa yang dapat saya simpulkan disini bahawasanya setianya,
kasih dan rindunya seorang anak terhadap si ayah dari kecil sehinggalah ke usia
tua. Kasih yang tidak berbelah bahagi. Sangat menyentuh hati dan perasaan
penonton. Sekalipun karya ini bersifat sunyi, hanya berlatar belakangkan muzik
semata-mata namun pengolahannya berjaya mencapai tahap yang paling maksima
dalam menyentuh hati penonton.
"The Aroma of Tea"
Hasil
karya yang dicipta dengan meggunakan teh sepenuhnya sebagai warna. Berdasarkan
kajian yang dilakukan ke atas karya ini, watak utama karya ini adalah sebuah
sphera kecil yang bergerak/mengembara dengan cara yang ditentukan dan berirama melalui land-scapes, yang akhirnya muncul dalam
lingkungan cahaya putih yang lebih besar. Sphera kecil itu mengatasi pelbagai
halangan sebelum sampai ke akhir perjalanan. Pada pandangan dan fahaman saya,
karya ini merupakan sebuah perjalanan hidup seseorang yang melalui pelbagai
rintangan sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Ini bermakna, seseorang itu
menjumpai pelbagai jenis masalah termasuk pelbagai karenah manusia. Walaupun
keseorangan dalam menghadapi rintangan, namun diakhirnya dia berjaya juga.
Karya ini sebenarnya boleh dijadikan sebagai satu inpirasi, atau penguat
semangat dalam hidup ini dalam menempuh kehidupan biarpun keseorangan.
Kesimpulan tentang Karya Filem
Pendek Michael Dudok
•MUZIK - Karya yang dihasilkan oleh Michael Dudok kebanyakkannya sebenarnya hanya meggunakan muzik sebagai bahasa komunikasi dengan penonton. Tidak terdapat sebarang dialog yang membantu penonton untuk memahami karya tersebut. Walaubagaimanapun, penonton tetap memahami apa yang ingin disampaikan oleh beliau.
Sumber
Rujukan




No comments:
Post a Comment