Monday, 2 October 2017

Progress 2 "Survive"

Untuk kesekian kalinya, pada tanggal 26 September 2017, kami budak-budak fyp diarahkan untuk present progress yang berdurasi 2 minit 10saat.

Bagi presentation kali ini, aku bersedia agak awal walaupun shoting untuk stop motion aku abes pada jam 1 pagi tanggal 26 September 2017! Beberapa jam sebelum start present, pergi present dengan kepala sakit dan mata panda.

Hahaha. Cadang nak shot seminggu lebih awal dari tarikh present, then spend masa dua tiga hari untuk editing video, namun apakan daya aku hanya manusia biasa yang mampu merancang dan sudah pasti yang menentukannya adalah Ilahi. Yedokk? Perancangan Allah itu jauh leboh hebat.

Seminggu sebelum tibanya tarikh present props untuk bilik Brian masih belum juga settle, makanya terpaksa laa aku teruskan juga guna masa yang sepatutnya untuk shot dengan siapakan props.

Dan Alhamdulillah, pada hari Khamis 21 September 2017 setelah berhempas pulas dengan geng-geng stop motion akhirnya props 80% siap. So, aku memang excited la nak mulakan sesi shoting!

Namun , malangnya pada keesokkan hari, Jumaat  kampus tutup sebab cuti umum. Allahu, rasa macam dunia neh berpusing-pusing! Dahla Sabtu Ahad level 11 tak bukak jugak sebab tak ada lecturer yang boleh jadi 'guardian'. Noo! Aku tak salahkan lecturers hokey, aku faham laa lecturers pun ada hal lain jugak nak settle.

So, macam mana nak siapkan progress kalau kampus tak bukak. Fikir punya fikir, akhirnya aku ngan Aishah buat keputusan nak angkut balik rumah masing-masing and shot kat rumah sepanjang kampus tu tutup. Aishah set up props kat hostel, aku set up kat umah walaupun umah aku neh sempit, aku kehel jugak gunakan ruang yang ciput tuu.Pak Maliki dia settlekan shoting hari Isnin kat studio jugak, sebab dia susah nak angkut barng tu balik rumah. So, dia redho la tunggu hari Isnin untuk shoting.

Aku try set up bilik Brian, masa neh kat level 11 lagi.



Kekonon view dari atas.
 .
Try test sekali dengan karakter. Lenanya Brian tido kan.

Aku yang buat, aku sendiri yang takut. Menggeletar tangan walaupun  tak nampak seram. HAHAHA!

Pokok neh aku pinjam kat level 12, rembat yang senior punya. HAAHAH

Haa, neh laa tempat aku set up kerja aku. Neh kat rumah aku dah. Penuh barang wei kat ruang tamu.

Semangat shot scene pertama neh, sampai  5 kali ulang sebab nak dapatkan hasil yang terbaik konon. Berpeluh hadap bende alah neh, dengan lighting atas kepala. Panas nauzubillah. Tapi, lagi panas api neraka.

Yang neh dah start set up untuk next scene dah. Mulanya nak connect dengan  laptop terus masa shot tu, namun apakan daya kaki tangan tidak cukup untuk ke hulu ke hilir, mana nak jaga puppet lagi, nak jaga camera lagi, lighting lagi, nak jaga laptop lagi? Ko rasa?



Neh aku tampal story board kat plywood, senang aku nak buat rujukan untuk scene film aku.

Sambil edit bahan mentah, sambil tengok rancangan super spontan. Menggugat Iman sungguh!

Neh view dari dari jauh siked, nak tunjuk laa aku acah-acah buat kerja. Siapa cakap stop motion satu kerja yang senang? Mai sini aku nak luku kepala hang!

Selamat BerFYP Brian.


Okay, untuk itu, aku hadiahkan korang video progress fyp aku. Cer teka aku capai tak 2 min 10 saat? Hehhee. Alhamdulillah, aku capai dengan cara mengaburi mata pihak musuh menggunakan teknik editing video disertakan dengan sound effect! Komen kalinya agak memberangsangkan dari Mr. M. Cuma, aku kena gigoh lagi nak betulkan balik angle, shaking, movement dan juga dari segi lighting!

Terima Kasih guys.










No comments:

Post a Comment

The Journey

Terima Kasih

Ucapan terima kasih khas untuk orang-orang yang aku sayangi dan sanjungi. Kejutan terakhir untuk Lecturer yang paling kami ...