Saturday, 16 September 2017

Kucing Jalanan

Hey guys, disebabkan hujung minggu neh Mr.M tak bagi kebenaran bukak level 11 (Mr.M ada kenduri di Penang) untuk aku and the geng of stop motion sambung buat kerja makanya aku mereput la di rumah. Dan disebabkan aku malas nak tidur hari neh, aku pun bukalah laptop godek-godek artwork lama and then tetiba terasa mood nak update blog datang, aku dengan gigih bukak blog neh sebelum mood menulis padam. HAHA.

Hari neh aku nak berkongsi sedikit cerita tentang binatang kesayangan dakdak rumah sewa aku iaitu kucing. Pada mulanya, kami dak-dak rumah sewa tak bawa masuk pun kucing dalam rumah. Kami hanya bagi makan kat luar rumah je. Mula-mula sekor je yang kami bagi makan. Nama kucing pertama kami ialah "Baby". 

Neh laa Baby.
Baby neh tak suka dekat dengan orang. Susah sangat nak pegang dia. Mungkin baby pemalu. Tak apalah kami bagi jelaa makan walaupun tak seberapa. Sekadar kami mampu jela, maklum laa kami student lagi, beli makanan dia pun pakai duit elaun je. Kongsi-kongsi rezeki jela orang cakap. Lepas beberapa lama dok bagi makan kat si Baby neh, akhirnya Baby pregnant. Kluar la dua tiga ekor anak Baby. Tapi anak Baby tak panjang umur. Sekor je yang tinggal. Kami bagi nama Miko. Sekarang Baby dah tak tinggal dekat dengan rumah kami dah. Baby pergi merantau kat area kedai makan Kak Mah Tom Yam (depan umah kami je). Kami tak tahulah kenapa dia tak nak duduk kat umah kami, tapi mungkin disebabkan kehadiran kucing-kucing yang lain. Anak dia si Miko pun dia tinggalkan macam tu je. Kesian Miko kecik-kecik dah jadi yatim piatu. Dahla lahir kat dunia tanpa ayah, tak sempat besar mak pun lari tinggalkan jugak.😢


Haaa, neh la Miko anak tunggal Baby.
Miko neh sejenis kucing jantan yang tak macam jantan. Sangat manja, dulu asal bukak je pintu dapur, si Miko terus berlari masuk, pastu dok cium-cium kaki sorang-sorang. Apebenda la dok cium-cium cium kaki. Dahla hidung pink dia tu basah. HAHA! Geli okay, Mulanya dok ingat dia dok jilat-jilat sebab rasa basah jee masa dia gesel-gesel tu, rupanya hidung dia yang basah. Pastu aku ada la terbaca satu artikel yang aku sendiri tak tahu sahih ke tak. artikel tu bagitau bila kucing tu datang dok sondol-sondol dengan hidung basah dia, tu tandanya dia sayang kat orang tuu. HAHA! Tapi Miko neh, semua jenis orang dia sondol dengan hidung basah dia.

Suka sangat masuk bilik orang pastu cari port tidur paling best!
 Umur Miko dah 24 Tahun saat ini. Makanya sama umur la dengan aku?

Neh pulak kami bagi nama Kechek.
Kenapa Kechek? Sebab masa dia kecikk dulu, badan dia kecik sangat. Kami neh, jenis letak nama ikut dang tubik mulut. HAHA! Kechek neh jenis kucing yang sedo. Sangat sedo, ikut dang orang buat je gano dan juga ia pemalu. Tak suka jugak orang pegang. Mungkin disebabkan dia membesar seekor diri, juga ditinggalakan macam Miko, so dia fikir hidup sendirian itu lebih baik.Tapi yang menjadi masalahnya, dia selalu jadi mangsa kekejaman kucing Jantan yang suka "konker" kawasan. Ada satu malam tu, kami dok dalam rumah, dah nak tidur dah masa tu. Dari luar dok dengar kucing "bergomol". Esok pagi tu, kami bangun, tengok kaki si Kechek luka. Mula-mula luka kecik je, jadi letak ubat jela. Tapi tak sembuh, luka jadi berlendir then kaki Kechek bengkak and selang sehari lepas tu, bengkak tu pecah. Kami dok ingatkan sporo. So, bawak la si Kechek neh gi vet. Alhamdulillah doktor bagitau tu hanya la bisul. Mungkin dsebabkan oleh jagkitan dari luka dia kena gomol tu.

Malam sebelum gi vet tu, gigih Zati bersihkan nanah-nanah yang dah pecah tu.
 Masa neh tak tahu lagi tu bisul. Kesian Kechek.
Sekarang, Alhamdulilah Kechek dah bertambah okay.
Luka pun dah kering. Harap cepat sembuh.


Lebih kurang dua bulan yang lalu, lepas Raya Aidilfitri, aku dok skroll facebook. Then, terbaca satu post pasal anak kucing yang kehilangan ibu sebab kena patuk ular. So, aku screenshot and hantar kat Zati. Zati buat keputusan nak ambik and pelihara la budak kecik tu, mulanya nak ambik semua sekali (5 ekor) tapi ade jugak orang lain request nak ambik. Kami tak kesah sangat berapa ekor pun dapat.

Dapatla dua ekor kat kami. Namanya : Oshi dan Bunga.
Tapi Bunga tak panjang umur. Mulanya Bunga demam je, bawak g jumpe vet. Vet bagi ubat semua, balik umah dalam masa seminggu cam tu, Bunga tak berapa nak makan. Kalau makan pun , sikit je. Then, pagi Subuh beberapa hari lepas tu, Bunga mati jugak. Tak sempat membesar dengan Oshi. Bunga kalau kami ambik peluk-peluk , bawak masuk tidur dia sellau dok cari-cari sesuatu kat lengan tangan. Pastu gigit-gigit. Dia macam dok cari susu ibu dia. Mungkin disebabkan dia "tak lepas susu" bak kata orang tua-tua.

Lepas Si Bunga tak da, si Oshi eh dua tiga hari jugak kemurungan. Makan pun kurang, tak nak main. Risau jugak kot-kot kemurungan Oshi berpanjangan. Tapi alhamdulillah mpai ke hari neh, Oshi makin membesar.

Neh la Oshi. Kami bawak dia kluar, lepas beberapa hari Si Bunga tak dak. 

Jenis Oshi pulak, suka sangat duduk dalam tong sampah. Bawak masuk daun kering dalam rumah. Main dengan lipas. Aduhh, ada satu malam tu, kami dok syok-syok tidur kat ruang tamu, tiba-tiba rasa ade bende berbulu kat bawah leher. Masa tu dah tahu mesti Oshi, pastu tetiba rasa macam pedih leher. Cepat-cepat kami bangkit dari tidur, tengok-tengok, lipas. Mak aiiii, menjeritlaa apa lagi. Oshi-oshi, kononya bawak hadiah kat tuan dia la tuu. Dia tak tahu ke tuan dia paling anti dengan lipas?

Sejenis yang tidur mati, bunyi guruh dilangit pun tak bangun-bangun. Oshi Ogawa.


Semoga kucing-kucing kami membesar dengan sihat. Muahh ciked!

No comments:

Post a Comment

The Journey

Terima Kasih

Ucapan terima kasih khas untuk orang-orang yang aku sayangi dan sanjungi. Kejutan terakhir untuk Lecturer yang paling kami ...