| Nikon D5000 |
Aku dah buat research kat internet mcm mana nak tukar ratio tu, tapi masih tak dapat jawapan. Allahu, dugaan di Tahun Baru Islam. Dengan member-member pun aku ada mesej tanya. Setakat neh masih lagi tidak punyai jawapan.
Tengok, susah sebenarnya stop motion neh. Aku geram sebenarnya bila ada orang bagitau, buat stop motion neh senang sangat . Hakikatnya tidak sesekali. Setiap jalan yang kita pilih tu ade kesukarannya, ada ujiannya.
Aku doakan semua yang sedang menuntut ilmu sabar dan berjaya melalui dugaan, ujian dan cabaran yang tidak diduga. Yang penting doa. Doa adalah senjata para mukmin!
Aku harap, aku akan jumpa jalan penyelesaian untuk masalah aku ini. Aku tahu Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan aku dan juga kamu semua.
Moga sentiasa berada dalam rahmatNya~
No comments:
Post a Comment