Sunday, 17 September 2017

Tragedi September

Guys, tengah buat apa tu 😋. Makan goreng pisang syok gak petang-petang macam neh kan? Sebut pasal makan neh, ada la satu hari tu; dah tengah malam dah pun, perut lapar. Nak masak malas. Jadi aku bagitau la housemate aku, Zati, rasa macam nak makan lempeng cicah gulai daging la (kebetulan petang tu, Kak Asmak ada masak gulai daging, so ada la lagi lebih). Tapi dia tak layan pun, alasan mood memasak dia musim  neh tengah OFF dan dia bagitau nak makan yang aku masak. Hahhaa. So, penamatnya aku dan dia sama-sama lapar. Padan muka. Tidurlaa dalam kelaparan malam tu.

Okay-okay, berbalik pada tragedi September tu, disebabkan presentation fyp yg kedua ada lebih kurang seminggu lebih je lagi, makanya aku dah start kalut la nak buat semua benda. Maklumla, nak capai target 2 minit 10 saat kan. Hehe. Tengah dok syok potong kepingan papan nipis tu, secara tak sengaja terpotong jari. Ehhh, terhiris ibu jari. Lepas kena tu, tak rasa sakit langsung. Siap boleh tenung lagi kesan belahan pisau tu. Hehhe. Lepas beberapa saat tu, barulah rasa macam ehh, pedihnya. Rasa berdenyut-denyut. Masa tu dah mula panggil Ecah (geng stopmotion). Ecah pulak tak nak layan sebab dia takut geli dengan darah (kononnya). Habis lantai yang putih bersih tu dengan tompok-tompok darah. Aku pun dah geli tengok darah sendiri meniti-nitik atas lantai tu. Sudahnya, aku paksa jugak Ecah teman gi tandas. Yelaa, takkan nak ajak Azmir dengan PakMaliki masuk toilet skali? Ko rasa? Sempat laa jugak aku pesan kat Pak Maliki dengan Azmir mintak tolong lapkan darah kat lantai tu. Hehe.

Nah aku belanja gambar. Masa neh dah siap bersih dah, dan darah mula berhenti. 

Lepas kejadian neh, aku mula sedar tentang nikmat yang aku lupa. Nikmat punyai cukup jari jemari. Betapa hebatnya ciptaan Ilahi, tanpa satu jari je pun aktiviti yang selama ini mampu aku buat tidak dapat aku laksanakan dengan baik. Maksud aku kat sini, setiap aktiviti yang ingin aku buat amatlah terhad dalam keadaan ini.

Allah hanya tarik sedikit sahaja nikmat  neh, aku dah mula rasa tak senang duduk. Yela selama neh nak makan, nak mandi nak berhadas kecil/besar senang saja. Tapi bila keadaan macam neh aku sedar bahawasanya tanpa bantuan daripada Allah, aku tiada apa-apa. Makanya hidup ini jangan la kita mendabik dada dengan kelebihan yang kita miliki kerana semua itu hanyalah pinjaman daripada Allah.

Sekian  terima kasih.

No comments:

Post a Comment

The Journey

Terima Kasih

Ucapan terima kasih khas untuk orang-orang yang aku sayangi dan sanjungi. Kejutan terakhir untuk Lecturer yang paling kami ...